Ahad, 4 Mac 2012


Iman Semut
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus
Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: “Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,
lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!.Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Itulah iman semut………!!!



SURAT TERBUKA UTK KAUM HAWA ( DR KAUM ADAM )

duhai muslimah,
kami kaum adam.
menulis surat ini kepada kamu.
sebagai tanda kami merayu.
sebagai tanda kami benar2 ingin kamu,
kasihani kami..

duhai muslimah.
kasihanilah kami..
jangan biarkan iman kami yang nipis ini
tergadai.

duhai muslimah,
tolong jangan pakai pakaian yang nipis dan ketat,
yang bila kami melihatnya.
mengghairahkan nafsu kami.
lantas merosakkan iman kami

duhai muslimah,
kami rayu padamu,
tolong jangan pakai wangian yang keterlaluan,
kerana wangian itu peledak nafsu.
kamu yang bukan halal bagi kami,
menjadi dosa besar bagi kami apabila terangsang memirkan bau mu itu,
bukan kami yang sengaja,
kerana kami diciptakan tuhan untuk menghidu,
untuk terus hidup.
kami x mampu untuk tidak bernafas..

duhai muslimah,
tolong jaga keindahan suaramu,
jangan pernah kamu biasakan diri ,
menggunakan suara manja mu untuk bercakap dgn kami.
sesungguh Allah ciptakan telinga itu berinteraksi dengal akal serta nafsu
kami bimbang suara indah mu itu terjerumus ke dalam lubang nafsu kami
sesungguhnya kami tidak mampu menyekat pendengaran kami setiap masa.
ingatlah,bertegas dgn yang haram dengan mu,
kerana suaramu diciptakan indah untuk melayan suamimu,bukan kami

duhai muslimah,
tutup auratmu dengan betol,
sesungguhnya seorang muslimah itu salah satu simbol kepade keindahan islam
tidak ade bezanya kalau tudungmu itu tersangat nipis,
ataupun lengan serta betis kamu terdedah,
kerana Allah akan sangat membenci kamu…
muslimah,
jangan kau uji keimanan kami dengan keindahan mu.
kerana kami bimbang,
jikalau iman kami hilang ketika memandangmu.
kami ini pendosa
kami ini bukan maksum
kami ini bukan para sahabat.
kami ini bukan para nabi,
kami bukan malaikat,

KAMI ADALAH PENDOSA YANG SENTIASA BERUSAHA MENJAGA IMAN KAMI
maka dengan itu,
kami rayu padamu
bantu kami untuk jaga iman kami.
bantu kami untuk taat serta setia pada Allah
bantu kami jadi abang,adik,suami dan ayah yang baik

Sabtu, 4 September 2010

Malam Lailatul qadar

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

 
                                                                           (Muslim)

Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

 
                                                                 Abu Hurairah r.a

Jumaat, 3 September 2010

kawan sejati adalah kwan yang mmbimbing ke arah kejayaan dunia akhrat



Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”

(al-Bukhari)

Khamis, 2 September 2010

Cinta ALLAH Yang Agung


Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : “Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya.”




(Al-Bukhari)

Perjuangan yang belum selesai

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim